" Abang...Qaseh redha abang dah kahwin dengan perempuan tu tapi satu saja yg Qaseh pinta. "
" Cakaplah Qaseh...apa yang Qaseh inginkan.” Zakuan bersuara.
" Qaseh minta abang lepaskan Qaseh...itu saja bang "...tiada lagi tangisan Qaseh...
" Qaseh...abang x kan buat macam tu ," Zakuan memeluk Qaseh seeratnya.
" Abang...Qaseh terlalu cinta, kasih dan sayangkan abang..."
" Tapi untuk meneruskan ikatan perkahwinan ini...Qaseh x sanggup bang ." terang Qaseh dalam nada sayu yang teramat sambil melepaskan diri daripada pelukan Zakuan yang terlalu erat itu.
" Qaseh...abang cintakan Qaseh...abang tak akan semudahnya untuk melepaskan Qaseh ." Zakuan menekup mukanya di atas meja makan.
" Qaseh tak boleh abang...Qaseh tak sanggup berkongsi kasih...itu bukan Qaseh..."
Mata Qaseh kembali berkaca.
Air matanya kembali berjuraian jatuh membasahi pipinya yang gebu kemerah-merahan itu.
Qaseh terus melangkahkan kakinya selaju mungkin keluar dari rumah meninggalkan Zakuan tanpa Zakuan sedar.
Zakuan hanya tersedar setelah enjin kereta Qaseh kedengaran.
Dan saat itu Zakuan cuba mengejar Qaseh tapi Zakuan x mampu mengejar Qaseh dengan hanya kelajuan sepasang kakinya.
Zakuan tersungkur.
Zakuan kemudiannya pulang semula ke rumah dan mendapatkan keretanya.
Seluruh KL Zakuan jelajahi untuk mencari Qaseh...
Ke rumah kawan-kawan Qaseh, ke pejabat, ke taman yang Qaseh amat gemari...
Semua tempat Zakuan jejaki namun kelibat Qaseh tak pun ditemui...
Telefon bimbit Qaseh entah berapa kali Zakuan hubungi tapi hanya disambut oleh peti suara.
Zakuan hampa...
Kini dia sedar...Qaseh terlalu kecewa dengan apa yang telah dilakukannya kepada Qaseh.
Terlalu kejam rasa dirinya memperlakukan Qaseh sedemikian rupa hanya kerana isu zuriat.
Zakuan sedar ajal, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah s.w.t tapi apakan daya...
Zakuan tersilap langkah...tewas dengan nafsunya sendiri sehingga sanggup berlaku curang terhadap isteri yang amat setia kepadanya selama ini.
...bersambung...
No comments:
Post a Comment