Home


NuffnangX

Kalo Suka Ngan Blog Saya..Sila La Follow Tapi Tak Da Paksaan Tau

**********Sila Tinggalkan LINK Anda Untuk Mudah Saya Jenguk Selalu**********

Sila Tinggalkan LINK Anda Untuk Mudah Saya Jenguk Selalu

Thursday, December 18, 2008

Inilah kehidupan...

Hati terkadang merintih...terkadang menangis sendiri...terlalu berat untuk ditanggung...namun aku cuba menguatkan diriku...melupakan segala keperitan yang aku alami tanpa siapa pun menyedari daripada raut wajahku. Walaupun hidupku selalu diuji oleh penciptaku Allah Yang Maha Esa namun aku redha...aku yakin bahawa setiap dugaan yang aku lalui ini...pasti ada hikmah yang terselindung disebaliknya. Setiap dugaan yang aku lalui ini telah mematangkan aku untuk menempuh liku-liku hidup yang akan aku lalui di masa-masa akan datang. Walaupun demikian, aku amat berbangga dengan apa yang telah aku lalui beberapa tahun kebelakangan ini. Aku berasa amat bertuah kerana pada usiaku yang hanya 25tahun pada ketika ini, pelbagai dugaan perit...aku lalui dengan nekad hati...aku yakin tidak semua yang seusia denganku melalui apa yang aku lalui saat ini. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t....memohon kepada-Nya supaya mempermudahkan perjalanan hidup aku....membukakan pintu rezeki yang terbentang luas untukku....Aminnnnnn.....supaya aku dapat membalas jasa serta membantu mak dan abah yang melahirkan aku ke muka bumi ini...mendidik dan mengasuh aku sehingga aku besar...serta adik-adikku...juga kepada suamiku yang tercinta Firdaus Ghazali...Terima kasih kerana sentiasa bersama isterimu ini dalam suka...dalam duka...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...