Home


NuffnangX

Kalo Suka Ngan Blog Saya..Sila La Follow Tapi Tak Da Paksaan Tau

**********Sila Tinggalkan LINK Anda Untuk Mudah Saya Jenguk Selalu**********

Sila Tinggalkan LINK Anda Untuk Mudah Saya Jenguk Selalu

Thursday, April 24, 2008

Firzie's Wedding 2007



Alhamdulillah...setelah lima tahun bersama-sama menempuh suka dan duka...akhirnya kami selamat diijabkabulkan pada 29 Disember 2007. Pertemuan lima tahun yang lalu di Taman Tasik Taiping tidak disangka-sangka membibitkan rasa cinta antara kami. Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat....insyaallah....

Tuesday, April 22, 2008

Firzie Laundry Services

FIRZIE LAUNDRY SERVICES ditubuhkan pada 1hb Februari 2007. Terletak di No. 39 Jalan SM3, Sunway Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Perniagaan ini adalah milikan 100% bumiputra. Firzie Laundry Services menawarkan perkhidmatan terbaik sesuai dengan kepercayaan yang diberikan oleh para pelanggan. Pelanggan bukan saja tertumpu di daerah Sunway Batu Caves tetapi juga mereka yang datang dari kawasan Selayang, Taman Melati, Sg.Pusu dan kawasan-kawasan berdekatan yang lain. Biarpun mempunyai saingan di kawasan ini, ianya tidak sedikitpun menggugat perkhidmatan kami kerana para pelanggan sudah tahu akan kualiti perkhdmatan kami. Perkhidmatan dobi kami dilakukan secara 'indoor processing' yang mana semua item tidak dijemur di bawah cahaya matahari sebaliknya dikeringkan menggunakan 'dryer'. Item-item adalah terjamin kebersihannya kerana kami mengamalkan cara kerja yang teliti dalam setiap proses kerja.

Di bawah satu bumbung......












Tertubuhnya juga Azies Art & Design namun selepas setahun tidak renew memandangkan tidak mendapat sambutan....mungkin kerana kurang promosi...atau...byk kerja lain yang perlu dilakukan...mana mampu sorang diri...buat kerja yang banyak dalam satu masa...kerja printing bukan kerja rumit...sibuk menguruskan urusan dobi daripada a-z....namun sekiranya ada permintaan daripada teman-teman...tetap melaksanakannya juga...

Ramai jugak teman-teman di Astro dulu yang pernah buat kad kahwin...ada juga yang melihat iklan yang pernah aku iklankan diinternet. Bunting merah yang di bawah ni...merupakan sahabat yang agak akrab....berkawan since 1996..time tu form 1 di sek men convent sentuk,kl. Sekarang masing-masing dah berumahtangga...selalunya kami sering kongsi masalah bersama...bila diingatkan zaman dulu-dulu...rasa nak tergelakpun ada....




Design bawah ni pulak adalah design untuk risalah VCO ( Virgin Coconut Oil ) atau dalam Bahasa Melayunya disebut Minyak Kelapa Dara...1 produk keluaran Bumiputra yang merupakan milik Ibu Mertuaku......Risalah ni dah pun diedarkan di Taiping sana.....

Ni lah antara design dan hasil kerja yang pernah aku buat dan hasilkan...kalo nak upload sebenarnya banyak lagi tapi bak kata oranglah....masa terlalu mencemburui aku.....tapi kalo ada yang berminat nak tempah design ke...apa ke...contactlah... azie 012 634 6852...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...