Sakit gusi makin ketara sangat...
Da kumur air garam bukan makin reda...
Makin menjadi2 la pulak...huhu...
Terasa mcm nak nangis ja...
Adakah sakit gusi yg dialami sekarang adalah salah satu tanda2 hamil???...
Azie pun tak pasti sbb setakat ni check +ve n ritu nak confirmkan check lagi sekali...-ve pulak..huhu...
Tunggu dan lihat ja la kan mcmana....
^
^
Kalo mmg ngandung...
Tak kisah la nak sakit mcmana pun tapi nih sbb belum tentu peknan...
Tu yg mcm stress dibuatnya...huhu...
Ini la 1st time seumur hidup Azie...gusi terasa sakit sgt...
Azie mmg x penah sakit2 gigi..gusi nih...huhu
^
^
Kalo x tahan sgt japgi...
Gi Emergency jugak nih kang...
Kata umah sebelah sepital kan???..hikhik...
Ohhh...kat sini x da klinik bukak 24jam...
Mmg kalo kat sini...kalo da mlm mmg Emergency la hala tuju sapa saja yg sakit...
^
^
Tapi hopefully akan rasa ok sikit la gusi nih...
Malas bebenar mau pegi sepital nih...hukhuk....
^
^
Ohhh...ni sikit info utk dikongsi bersama...
Saja je google cari info tadi...
Check it out...
***
Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut. Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan juga gusi berdarah. Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman. Selain itu rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah. Gangguan ini menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik. Perlu diakui tanpa gangguan sakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan yang terjadi pada tubuhnya.
Jadi seboleh mungkin ibu hamil mencegah diri dari menghadapi masalah ini. Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi. Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan. Vitamin B6 boleh diperoleh dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang. Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju, minyak hati ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.
***
Serius..Azie kalo disahkan peknan...
Sgt x kisah pun dgn kesakitan apa pun sewaktu kehamilan...
Yang penting nak juga rasai setiap saat2 kehamilan tu...
Dekat 5taun kan menanti jadi sgt bersedia utk menerima semua ujian itu...huhu...
Kawan2 doakan Azie moga2 kesakitan yang Azie alami saat ni adalah petanda kehamilan ya...Aminnnn