Home


NuffnangX

Kalo Suka Ngan Blog Saya..Sila La Follow Tapi Tak Da Paksaan Tau

**********Sila Tinggalkan LINK Anda Untuk Mudah Saya Jenguk Selalu**********

Sila Tinggalkan LINK Anda Untuk Mudah Saya Jenguk Selalu

Thursday, November 13, 2008

Bwk hubby gi klinik 091108


Time ni dalam keta...bwk hubby gi klinik...demam...sian hubby...x dpt nak capture gmbr hubby coz he's not in good mood...anyway...alhamdulillah...hubby da sihat...susah hati dibuatnya...x lena tidur malam :( risau tgk hubby..." Ya Allah,berilah kesihatan yang sihat kepada suamiku. Aminnnn...."

Wednesday, November 5, 2008

Raya as Husband n Wife 2008

Da lama x update blog ni...rindu pulak rasanya nak kongsi cerita ngn kwn2 yg sudi view blog ni....



2008 ni merupakan tahun pertama kami beraya bersama as Husband n Wife. Happy la sbb dapat beraya dgn hubby walaupun dalam keadaan yg sederhana. Apa yg membuatkan aku bertambah happy, walaupun raya pertama aku beraya di sebelah family hubby tp memandangkan family aku juga berada di Taiping...aku dapat jugak bersalam dgn mak abah di hari raya yg pertama. Happy sgt2... :p Tapi...sayup sgt beraya kat umah hubby...apa tak nya...adik-bradik hubby x ramai 4org yg mana sumanya lelaki...mmg aku ada sorang biras tp biras x beraya di rumah mertua...tp di rumahnya yg x jauh sgt...nak kata satu kampung pun bole. Mmg x best sgt...pepagi raya mak mertua duduk depan pintu....sayu je wajahnya...aku pun duduk disebelahnya.... " sunyikan azie raya ni...x seronok rasanya"...sedih pulak aku mendengarnya. Aku hanya mampu tersenyum. Biras hanya dtg di pagi raya...masa bersalam pagi raya tu...mandi pun x lagi biras aku tu. Mmg sayup betul beraya di sana apa lagi bila kenangkan mak mertua. Aku pun x merasa suasana seperti yg org lain rasakan saat berkumpul adik-bradik, ipar-duai yang pastinya riuh-rendah dengan gelak ketawa. 2hari sebelum raya, kami da pun pulang ke kampung...aku&mak mertua bersama-sama melakukan persediaan nak sambut raya dalam keadaan yg sederhana saja. Hubby ada berkata kpd aku "nasib b ada,slalunya mama buat kerja sorang2 je tiap taun". Sayup betul...ye la..anak perempuan x da...menantu perempuan pulak.....ntah la...Kenapa la keadaan mcmni...dulu biras rapat betul dgn mama...mmg manja la...apalagi beberapa tahun menjadi the only one menantu...masa abg ipar ngn biras blum kawin lagi...masa tu biras kerja kat KL...pnh satu ketika mak n ayah mertua serta adik sakit...sanggup biras amik cuti jaga mereka kt kampung...balik rumah parents seniri pun x...punya la syg sampai begitu besar pengorbanan biras waktu tu. Aku dan biras pun mmg akrab...kira ngam la...tp aku x rasakan da suma tu...Dia da x seperti yang aku kenal dulu. Lain sgt...x tau la kenapa jadi camtu. Kalo dulu, pasti biras rasa tergugat akan kehadiran aku tapi aku x pnh terfikir nak merampas kasih sayang mak dan ayah mertua terhadapnya sbb pada aku...aku x kisah sama ada mak dan ayah mertua syg pada aku atau tidak yg penting aku buat yg terbaik sbg menantu...aku tgk mcmana mak dan abah aku layan arwah tokwan2&arwah tok2. Mcmana pun kita terasa dgn mertua kita...jangan ambik hati...mcmanapun...kita kena anggap mcm parents kita seniri jgk. Bila kita kawin ngn hubby kita, kita kena kawin ngn suma ahli keluarganya...kita nak hidup lama sebagai suami isteri...bukan sehari 2, x syok bermasam muka.

Thursday, April 24, 2008

Firzie's Wedding 2007



Alhamdulillah...setelah lima tahun bersama-sama menempuh suka dan duka...akhirnya kami selamat diijabkabulkan pada 29 Disember 2007. Pertemuan lima tahun yang lalu di Taman Tasik Taiping tidak disangka-sangka membibitkan rasa cinta antara kami. Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat....insyaallah....

Tuesday, April 22, 2008

Firzie Laundry Services

FIRZIE LAUNDRY SERVICES ditubuhkan pada 1hb Februari 2007. Terletak di No. 39 Jalan SM3, Sunway Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Perniagaan ini adalah milikan 100% bumiputra. Firzie Laundry Services menawarkan perkhidmatan terbaik sesuai dengan kepercayaan yang diberikan oleh para pelanggan. Pelanggan bukan saja tertumpu di daerah Sunway Batu Caves tetapi juga mereka yang datang dari kawasan Selayang, Taman Melati, Sg.Pusu dan kawasan-kawasan berdekatan yang lain. Biarpun mempunyai saingan di kawasan ini, ianya tidak sedikitpun menggugat perkhidmatan kami kerana para pelanggan sudah tahu akan kualiti perkhdmatan kami. Perkhidmatan dobi kami dilakukan secara 'indoor processing' yang mana semua item tidak dijemur di bawah cahaya matahari sebaliknya dikeringkan menggunakan 'dryer'. Item-item adalah terjamin kebersihannya kerana kami mengamalkan cara kerja yang teliti dalam setiap proses kerja.

Di bawah satu bumbung......












Tertubuhnya juga Azies Art & Design namun selepas setahun tidak renew memandangkan tidak mendapat sambutan....mungkin kerana kurang promosi...atau...byk kerja lain yang perlu dilakukan...mana mampu sorang diri...buat kerja yang banyak dalam satu masa...kerja printing bukan kerja rumit...sibuk menguruskan urusan dobi daripada a-z....namun sekiranya ada permintaan daripada teman-teman...tetap melaksanakannya juga...

Ramai jugak teman-teman di Astro dulu yang pernah buat kad kahwin...ada juga yang melihat iklan yang pernah aku iklankan diinternet. Bunting merah yang di bawah ni...merupakan sahabat yang agak akrab....berkawan since 1996..time tu form 1 di sek men convent sentuk,kl. Sekarang masing-masing dah berumahtangga...selalunya kami sering kongsi masalah bersama...bila diingatkan zaman dulu-dulu...rasa nak tergelakpun ada....




Design bawah ni pulak adalah design untuk risalah VCO ( Virgin Coconut Oil ) atau dalam Bahasa Melayunya disebut Minyak Kelapa Dara...1 produk keluaran Bumiputra yang merupakan milik Ibu Mertuaku......Risalah ni dah pun diedarkan di Taiping sana.....

Ni lah antara design dan hasil kerja yang pernah aku buat dan hasilkan...kalo nak upload sebenarnya banyak lagi tapi bak kata oranglah....masa terlalu mencemburui aku.....tapi kalo ada yang berminat nak tempah design ke...apa ke...contactlah... azie 012 634 6852...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...